Thursday, November 20, 2014

Cahaya Permata

Assalamualaikum...


Hari ni aku x nak cerita pasal aku punya study.. hari ni aku nak cerita pasal cahaya permata a.k.a Kasih Nurbaiduri. Kasih Nurbaiduri tu maksudnya Nur tu cahaya.. baiduri tu permata. Nama tu aku yang pilih untuk anak no.2. Anak no2 ni dia agak lain dari abg dan adik dia. Selalu kat FB aku update pasal adik dia. Pasal kasih ni jarang2 aku update. Mesti org kata aku x adil kan...ini tidak adil..tidak adil (nyanyi mcm lagu yuna..)


Perwatakan anak no.2 aku ni tak sama dengan perwatakan yang org tulis-tulis ni n sebarkan kat internet. Dia ni agak pendiam.. alahai kalu suara tu susah nak kuar. Orang kata anak no.2 ni degil.. alhamdullillah kasih ni seorang yang mudah di jaga. Masa dia kecik dulu, pengasuh2 kasih ni ckp.. kasih senang jaga. X lasak.. dgr ckp. 1st pengasuh kasih adalah Ibu Lin. Masa tu aku duduk puchong lepas tu aku pindah ke bangi.. Kak Ayu pula jaga. Kak Ayu suka puji kasih... Senang betul jaga budak ni. Kak Ayu pregnant.. kuat alahan,,kebetulan kasih dapat Taska Ilsas.Aku htr kasih ke Taska Ilsas pula...  Pengasuh kat Taska Ilsas pun puji kasih. Kasih x macam budak lain.... dalam erti kata lain .. senang dijaga lah..


Masa kasih umur 5 tahun.. aku dah htr kasih kat Tadika HO kat serdang. Kasih memang rajin menulis. Masa exam pertengahan tahun tahun 5.. kasih dapat No. 3 dalam kelas. Aku lah punya menangis masa tgk reportcard dia. Aku sangka kan kasih ni x berapa sgt mcm abg dia Iman. Sebab sebelum exam tu aku dah menguji dia. Dengan menulis abjad dan Nombor terbalik lah. Kasih ni menulis bertangan Kidal (kiri). Masa aku uji dia.. aku memukul tapak tangan dia sebab salah tulis. Punya lah dia menangis... sampai merayu ..." Mama... mama...mama".  Ya Allah sedihnya ingat balik.. walaupun sudah 2 tahun telah berlalu.. tetapi suara dia menyebut mama tu.. masih terngiyang kat telinga aku... Bila tgk result pada waktu tu.. aku menangis2..rasa bersalah sgt buat dia mcm tu.  Untuk peperiksaan akhir tahun ..kasih dapat No. 1 pula. Bayangkan lah bercampur dengan pelajar cina. Kasih berjaya dapat no.1. Aku bangga dengan Kasih Nurbaiduri.


Untuk kasih tahun 6, keputusan kasih tidak lah sebaik umur 5 tahun.. salah aku juga selalu sgt dia ponteng sekolah. Walaupun x dpt no. 1-3. Tapi kasih tetap berikan keputusan yg terbaik semasa umur 6 tahun. Cikgu kat sekolah tu siap tegur.. kenapa kasih selalu ponteng?.


Sekarang kasih dah pun tahun 1. Alhamdullillah macam biasa kasih dpt berikan keputusan yang amat memuaskan hati aku. Sekolah pagi kasih di tempatkan di kelas IXORA. Kelas no. 1. Sekolah tu ada 3 buah kelas. Masa pertengahan tahun kasih dpt no. 3, utk akhir tahun kasih dpt no. 6. Walaupun ada penurunan dari segi nombor. Aku tidak ada masalah dengan itu.. sebabnya peratus keputusan kasih lebih kurang sama dengan pertengahan tahun. Ada juga subject yang dia dpt 100%, 98%, 96% paling rendah pun 84%.. tu pun subject sains. Ikutkan kasih dapat 88%. Sebab bila aku check kertas dia ada 2 jawapan kasih jawab betul. Cikgu salah tanda. Malas aku nak jumpa cikgu nak betulkan markah . Lagi pun semua markah dah masuk system... Sian lak kat cikgu nak kira balik kedudukan dalam darjah. Masa aku jumpa cikgu tgk reportcard kasih... aku tgk gak peratus budak di atas kasih.. tak jauh pun beza. Lari markah yg sikit je..cthnya kasih 93.2% .. budak yg lain.. 93.3% ..93.4%.. budak yg no. 1 pun dpt 94....% something  ..  so kalu aku mintak cikgu check balik.. mesti ada yg berubah.. aku siap kira utk kasih .. kalu dia pi berbetulkan markah sains .. kasih dpt 94% .. ini bermakna kasih blh dpt no. 1 Abis tu budak yang dah tahu dia dpt no.1 .. mesti  kecewa nanti...  cikgu kelas kasih ckp .. budak sekarang pandai2.. peratus diorg tak jauh pun... Aku ckp kat kasih..." tak pelah kakak x ada rezeki utk kasih... mungkin sekolah petang kasih dpt no.1 ke pulak". Utk hari Anugerah Cemerlang hari tu Kasih dapat Mata pelajaran Terbaik. Bagi aku syukur alhamdullillah...


Cerita pula trilogy kasih utk sekolah petang iaitu sekolah  rendah agama pula... waaa siap tulis trilogy kau! Ok.. semua dah maklumkan kasih ni tadika dari sekolah Cina.. so faham2 jelah .. kasih tidak tahu sepatah pun bahasa arab. Mengaji kat umah ustaz pun x habis2 dengan iqra 1. Tu pun kat setahun x abis2. Jadi aku x expect apa2 utk kasih. Yelah.. kat sini kebanyakan ibu bapa htr anak ke sekolah Abim, Pasti semasa tadika...sedikit sebanyak diorg  ada basic agama, belajar bahasa arab dan Jawi. Kasih "zero"  kot... Masa mula2 sblum pemilihan kelas.. kasih di tempat kan di kelas tabligh.. kelas no.3 dari 5 kelas. Then lepas periksaan penentuan kelas.... Kasih dpt kelas Amanah.. kelas no.2 pula.  Sekolah tu ada buat penilaian .. iaitu ujian 1 sebelum exam pertengahan tahun.. Keputusan kasih.. biasa2 je.. tak silap dia dpt jidjalid jidan (Sangat Baik). Exam pertengahan tahun kasih dpt no.1 pula... Alhamdulilah..dia dpt Mumtaz. Ustazah kat  tukarkan kasih ke kelas No, 1 iaitu Siddiq. Waaaa .. memang aku dah cukup berbangga dengan Kasih .. budak yang tidak tahu apa2.. boleh juga melangkah ke kelas siddiq. Abg dia.. si Iman.. bertahun2 belajar kat sekolah tu pun baru tahun depan boleh naik ke kelas Siddiq .. sblum ni dari darjah 1-4 dia kelas Amanah. Mula2 pemilihan kelas tu.. ustazah sendiri ckp.... untuk kelas siddiq diorg memilih pelajar yang ada basic bahasa arab dan juga boleh membaca jawi. Jadi bila kasih dapat naik ke kelas siddiq semasa pertengahan tahun hari tu.. aku memang tahu budak ni bukan sebarangan budak. Exam akhir tahun haritu pula.. sekali lagi kasih buat aku berbangga dan senyum.... Kasih dapat No 2... dengan peratus 97% (Mumtaz). Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. kau berikan aku zuriat seperti ini.... Bila hari anugerah semalam, di sebut nama kasih ... " Utk kelas 1 siddiq tempat pertama.... bla..bla.. tempat kedua Kasih Nurbaiduri Bt Muhammad Harmizi... aku berkata dlm hati itu anak aku.. aku yg bagi dia nama.... over kannn....hehehee


Aku bersyukur sgt2 sebab ada anak macam Iman, Kasih , Ain. Walaupun aku nmpk mcm riak bercerita pasal anak aku.. update gmbr kat FB pasal anak aku untuk hari anugerah.. aku bukanlah niat nak menunjuk2 .. tapi sebenarnya aku amat berbangga dengan diorg. Aku siap ckp kat anak2 aku.. permintaan mama tahun ini adalah nak tgk anak2 ambil hadiah kat sekolah. Aku kat sekolah x pernah pun sekali dpt peluang naik pentas ambil hadiah kerana cemerlang dlm pelajaran. Aku kat sekolah x pandai. Setakat cukup2 makan je.... walaupun aku bakal ada degree x lama lagi.. ingat senang aku nak smpai ke tahap ni.... dengan SPM pangkat 2.. BM lak tak kredit... aku bermula dari Sijil ...merangkak-rangkak.. umur kat 35 tahun baru nak ada degree... Sian kat mak dan abah aku x dpt tgk anaknya naik pentas ambil hadiah. Jadi bila anak2 aku mereliasikan pemintaan aku tahun ini.. aku pun update je kat FB. Aku tau kat FB .. ada yg tak suka kita update utk pencapaian anak-anak.. konon macam riak..siap buat status ko.. bagi aku sebagai ibu bapa kita rasa puas dengan apa yg anak hadiahkan.. nak share kat org.. bertapa hati ku gumbira... Ye aku tahu perjalanan bebudak ni masih jauh lagi...x salahkan pun kan kita share perasaan GUMBIRA . Tak suka tahun depan dekat2 musim hari anugerah sekolah sila UNfriend ok... huhuhu ( saja highlight kasi bold)


Fathul Iman.. dpat no 3 tahun ni.. tahun depan kelas siddiq 


Kasih Nurbaiduri Sekolah Kebangsaan Dato Abu bakar Baginda.. dpt Mata pelajaran Terbaik


Bangga mama dengan Kasih...


Both of you.. thank you very much this year.. you make my dream come true... tq sayangggg


kasih ckp masa dia nak ambik hadiah.. hati dia berdebar.. 1st time ambil hadiah kat sekolah rendah.. yelah kasih.. kasih pun baru darjah satu... hehehehe...


Bangga mama dengan Iman... akhirnya cita-cita mu nak masuk kelas siddiq pun tercapai..




Tahniah anak-anak mama and Thank you .. hadiah yang paling bermakna utk tahun ni... tahun depan buat lagi yang terbaik... mama doakan anak-anak mama terus cemerlang lagi sehingga ke Menara gading... Amin...


Monday, November 17, 2014

Sambung belajar #part1

Assalammualaikum,


1st post dari aku ini.. aku nak cerita macamana hati aku terdetik nak sambung belajar... Ceritanya bermula begini...


Aku memang dah lama ingin sambung belajar.. kenapa aku nak sambung?? aku nak sambung belajar sebab aku nak naik pangkat dan kalau ada mana2 company leh offer aku keje lain... tipu lah kalu ada yg ckp nak sambung belajar sebab nak tambah ILMU atau saja2.  mungkin ada.. tapi kebanyakannya nawaitu nak sambung tu sebab nak naik pangkat n naik taraf idup bagi yang telah berkerja seperti aku... lagi satu kenapa aku nak sambung sebab aku nak pakai Jubah n ambil gambar dengan mak dan abah aku kat studio... hehehehe.. mcm tak logic kan ... tapi tu juga salah satu nawaitu aku selain naik pangkat. Masa aku sijil dulu.. aku x kesempatan nak ambil gambar kat studio dengan mak n abah..  aku x ambil masa tu.. sebab aku takut mahal .. hahahaha... sapa yang nak bayar kan.. x terpikir masa tu abah boleh bayar.... bila dah nak balik... baru abah ckp nak ambik gmbr kat studio... aku lak masa tu dah pulang kan jubbah.. so x ada lah gmbr aku kat studio. Aku tau abah masa tu teringin nak bergambar kat studio.. tapi aku lah yg silap.. g htr jubbah awal2. Bila aku diploma pulak aku x ada sikit pun perasaan nak berkonvo.. masa tu tahun 2004.. aku dah ada family sendiri... memang x terlintas lah nak konvo masa tu...so masa aku abis diploma memang aku x konvo pun..ambil je diploma kat kaunter pendaftar.. huhuhu


masa aku diploma dulu aku dah pun ambil keputusan utk ambil full time .. x kan lah utk degree ni aku nak full time gak.. kalu aku full time sure aku kena berhenti kerja.. kalau aku berhenti keje camner nak dapat gaji... jadi dlm sekitar tahun 2008/2009 aku dah start apply mana2 University. 1st aku memilih bidang computer.. kenapa computer??.. sebab aku berkerja dalam bidang tersebut . Padahal aku mempunyai diploma dalam bidang Elektronik Perhubungan. So aku pun apply lah... masa aku apply tu aku just ckp je kat Mizi. Mizi ni suami aku. Mizi ni jenis yang tidak akan membangkang apa yang aku nak buat. Kalau dia bangkang pun.. aku tetap gak buat... kalau dia berkeras jugak.. aku akan menangis2.. merajuk2... semua dalil aku kuarkan... hehehe.. sampai lah dia kasi. So far sepanjang aku hidup dengan dia.. x byk perkara yang dia bangkang.. sbb dia tahu bini dia camner... jadi untuk urusan apply nak belajar ni aku x da masalah dengan Mizi...lagi pun aku apply je .. belum tentu aku dpt kan...


1st  university aku apply adalah UKM Bangi.. aku pilih bidang computer apa tah.. aku pilih UKM sebab paling dekat dengan aku nak ke kelas... aku apply.. x dpt.. sebabnya masalah diploma aku .. pihak pendaftar tu ckp kalau aku ambik computer .. aku x leh transfer kredit... aku bagitau aku ada pengalaman lebih 5 thn dlm bidang computer... diorang kata aku tidak memenuhi syarat diorang..


2nd university pula aku apply UITM shah alam... aku htr application masa tu dah lambat.. dah tarikh tutup pun. Aku apply masa tu ngan Julia dan Noi.. Noi bidang secretary rasanya.. aku ngan Julia bidang electric masa tu. Kami siap buat rayuan bagai.. tapi akhirnya tak dpt pun.. elok gak x dpt.. sebab nya jauh tu nak travel ke shah alam lepas waktu keje...


untuk 3rd university. UTM ... aku apply tahun 2010.. masa ni aku lepas beranak kan Seri Nurul Ain.... Ain masa tu lebih kurang 6 bulan umurnya. Ain ni anak ke 3 aku.. Julia dah masuk dulu .. dia intake December 2009. Aku intake Jun 2010. Masa tu aku nak ikut Julia. Mizi tak kasi.. lagi pun aku baru ngam2 abis pantang... x pelah kali ni aku dgr ckp Mizi..Mizi kata kalau nak belajar .. tahun depan...


Bila aku tahu UTM buka utk pengambilan untuk intake Jun.. aku x tunggu lagi.. aku terus apply.. aku memilih electric.. aku x nak lagi kena reject mcm UKM .. so kali ni aku memilih mengikut bidang yang aku ambil masa diploma...Alhamdulillah akhirnya aku dpt jugak sambung kat UTM... masa aku apply ni .. aku apply dengan officemate aku .. apis namanya.. tapi pada masa itu apis x dpt.. aku buat kan rayuan kat apis.. alhamdulilah Apis pun dpt jugak akhirnya....


p/s: Ok aku stop cerita ni dulu... nanti aku nak cerita .. cerita lawak sblum aku pi belajar kat UTM ...Mizi ckp aku ni sengal dan blur tahap maksima punya orang...hehehehehe

Mukadimah dari Aku...

Bismillahhirrahmannirahim,


Tetiba aku ingin menulis semula setelah sekian lama aku tidak menulis di dalam blog. Sebelum ini pun aku ada jugak menulis di alam maya ini...Kenapa aku tidak sambung aje blog2 yang aku sudah ada? ermmm jawapannya entah... mungkin kali ini aku ingin menulis tentang perjalanan aku sebagai part time student... ye lagi beberapa bulan aje aku akan tamat belajar. So sebelum berakhirnya aku sebagai part time student aku akan tulis suka duka aku sebagai part time student. Mungkin ada yang nak tahu macamana aku menempuh hampir 5 tahun sebagai seorang part time student. Aku kan seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata... dan isteri kepada seorang lelaki. Mesti ada yang orang di luar tu .. eh macamana dia buat?? eh macamana dia abis dlm tempoh 5 thn ???. Mungkin ada yang nak sambung belajar mcm aku tetapi tidak mempunyai kekuatan. Dengan adanya blog ini mungkin aku dpt berkongsi pengalaman akukan...