Monday, September 11, 2017

UPSR 2017

Asssalammualaikum,

Hari ini budak-budak darjah 6 sedang menduduki UPSR. Aku dah ada pengalaman tahun lepas ..tapi untuk tahun ini ak masih teringat-teringat lagi anakku Iman mengambil UPSR 2016. Walaupun sudah setahun yang lalu tetapi ingatan dan debaran tu masih ada. Anak nak ambil periksa berdebar ..dapat results lagi berdebar-debar. Aku siap ambil cuti lagi pi sekolah waktu rehat. Sebelum tu siap baca yassin n solat hajat di rumah. Mak-mak kita dulu tak pun macam ni kan. Mak-mak alaf baru ni over terlebih.. hahahha. Kalau mak aku dulu dia cuma tahu anak dia nak g ambik periksa. Pagi salam mak abah sebelum g sekolah lepas tu x ada ucapan apa pun. Balik sekolah pun x tanya camner dengan exam tadi. Mak sekarang siap tunggu kat sekolah.. tu aku lah tu.. hahahaha. Time ambik results pun sama .. hari keluar results pi sekolah jugak. Bila keputusan keluar siap menangis dengan anak. Excited gila mak skrg ni. Mak dulu-dulu balik sekolah tanya dapat berapa ?. Lulus ke tak? . Tu je yang penting.. mak dulu-dulu nak tahu anak dia lulus ke tak..

Alhamdullillah anak aku dapat 5A 1B . Masa Guru Besar nak annouce kan tu aku yang berdebar2. Tambahan pulak Guru Besar cakap untuk tahun 2016 hanya 2 org aje yg dapat 6A. Aku siap berbisik kat laki aku. Ermmm macam susah je Iman nak dapat 6A. Mata aku dah ler berkaca-kaca. Guru Besar annouce kan dahulu yang dapat 4A dahulu. Seingat aku ada 6-7 orang yg dapat 4A utk sekolah anak aku. Sorang-sorang Guru Besar sebut. Nama anak aku Guru Besar tak sebut pun sehingga nama yang terakhir utk 4A. Lagi ler konpiden aku down. Manalah nama anak aku ni. Guru Besar menyebut pula nama utk 5A. Guru Besar kata hanya 2 orang sahaja yang dapat 5A. Alamak ni aku lagi cuak. Budak-budak yang aku kenal yang dikira calon 6A ada yang belum disebut dlm kategori 4A. Ramai lagi ni aku rasa. Guru Besar sebut nama yang pertama utk 5A.. nama anak aku masih lagi belum di annouce kan lagi ni, Guru Besar kata ada lagi sorang untuk 5A. Lagi berdebar-debar aku time tu.. Sekali Guru Besar sebut Muhammad...... alamak ada Muhammad .. ramai ni budak lain ada Muhammad.  Sekali Guru Besar kata Muhammad Fathul Iman ... Ya Allah pada masa tu aku terus menangis. Lepas je Guru Besar umumkan 6A dan edarkan keputusan Slip pada yang lain aku terus g kat anak aku . Menangis bersama aku dan anak aku. Dia sendiri pun tak percaya yang dia boleh dapat 5A 1B. Iman cakap masa Guru Besar kata ada 2 orang aje dapat 5A.. dia risau macam bukan dia. lagi pun ada kawan dia yang lain yang top-top tak disebut utk 4A. Tapi masa Guru Besar kata Muhammad dia ada sedikit konpiden sebab kawan dia yg top2 x ada nama Muhammad. Cuma risau datang dari kelas yang lain.

Petang tu pula results untuk sekolah agama pula PSRA. Ni lagi satu .. sepanjang Iman belajar dari tahun 1 hingga tahun 6 tak pernah sekali Iman dapat Mumtaz. Walaupun ujian bulanan. Tak pernah sama sekali. Results PSRA sebenarnya dah keluar 1 hari lebih awal. Cuma keputusan tidak di umumkan dengan pelajar cuma tahu berapa ramai yang dapat Mumtaz untuk sekolah tersebut. Tetapi ada ura-ura kata Iman dapat mumtaz. Aku nak percaya atau tidak. Yelah Iman tak pernah dapat Mumtaz sebelum ini.. tak pernah sama sekali OK. Percubaan hanya dapat Jaid Jidan sahaja. Tapi Iman dah cakap kat aku.. Utk PSRA dia mesti akan dapat kan Mumtaz utk terakhir kali untuk Sekolah Agama. Masa nak ambil results dekat Ustazah. Ustazah siap berteka teki dengan Iman. "Awak rasa dapat apa Fathul?". Kat sekolah cikgu-cikgu, kawan-kawan semua panggil fathul. Ustazah serahkan slip . Alhamdullillah Fathul dapat Mumtaz. Sekali lagi kami anak beranak menangis . Menangis depan Ustazah pulak tu.. hehehehe. Syukur Alhamdullillah.

Dengan results yang cemerlang UPSR dan PSRA Iman senang dapat tawaran sekolah. Sekolah kawalan dapat, SBP dapat dan MRSM. Mesti ada yang tertanya macamana pulak anak aku dapat MRSM. Sedangkan dia dapat SBP dan terima SBP. SBP panggilan pertama. MRSM panggilan ke 3. Panjang cerita .. tapi memang ada yang akan dapat 2-2. Tapi selepas results MRSM keluar baru ada yang akan dapat SBP rayuan. Panjang cerita anak aku keluar SBP dan kini ada diMRSM Tun Ghazali Shafie Kuala Lipis. Nanti ada masa aku akan cerita pasal tu ye..

Pada anak-anak yang menduduki UPSR 2017 terutama pada anak sedara ku IQBAL . Semoga beroleh keputusan yang cemerlang dan tenang menjawab peperiksaan. Mama doakan IQBAL berjaya ye. GOOD LUCK ...


Adios ,

Kak Zah