Monday, September 11, 2017

UPSR 2017

Asssalammualaikum,

Hari ini budak-budak darjah 6 sedang menduduki UPSR. Aku dah ada pengalaman tahun lepas ..tapi untuk tahun ini ak masih teringat-teringat lagi anakku Iman mengambil UPSR 2016. Walaupun sudah setahun yang lalu tetapi ingatan dan debaran tu masih ada. Anak nak ambil periksa berdebar ..dapat results lagi berdebar-debar. Aku siap ambil cuti lagi pi sekolah waktu rehat. Sebelum tu siap baca yassin n solat hajat di rumah. Mak-mak kita dulu tak pun macam ni kan. Mak-mak alaf baru ni over terlebih.. hahahha. Kalau mak aku dulu dia cuma tahu anak dia nak g ambik periksa. Pagi salam mak abah sebelum g sekolah lepas tu x ada ucapan apa pun. Balik sekolah pun x tanya camner dengan exam tadi. Mak sekarang siap tunggu kat sekolah.. tu aku lah tu.. hahahaha. Time ambik results pun sama .. hari keluar results pi sekolah jugak. Bila keputusan keluar siap menangis dengan anak. Excited gila mak skrg ni. Mak dulu-dulu balik sekolah tanya dapat berapa ?. Lulus ke tak? . Tu je yang penting.. mak dulu-dulu nak tahu anak dia lulus ke tak..

Alhamdullillah anak aku dapat 5A 1B . Masa Guru Besar nak annouce kan tu aku yang berdebar2. Tambahan pulak Guru Besar cakap untuk tahun 2016 hanya 2 org aje yg dapat 6A. Aku siap berbisik kat laki aku. Ermmm macam susah je Iman nak dapat 6A. Mata aku dah ler berkaca-kaca. Guru Besar annouce kan dahulu yang dapat 4A dahulu. Seingat aku ada 6-7 orang yg dapat 4A utk sekolah anak aku. Sorang-sorang Guru Besar sebut. Nama anak aku Guru Besar tak sebut pun sehingga nama yang terakhir utk 4A. Lagi ler konpiden aku down. Manalah nama anak aku ni. Guru Besar menyebut pula nama utk 5A. Guru Besar kata hanya 2 orang sahaja yang dapat 5A. Alamak ni aku lagi cuak. Budak-budak yang aku kenal yang dikira calon 6A ada yang belum disebut dlm kategori 4A. Ramai lagi ni aku rasa. Guru Besar sebut nama yang pertama utk 5A.. nama anak aku masih lagi belum di annouce kan lagi ni, Guru Besar kata ada lagi sorang untuk 5A. Lagi berdebar-debar aku time tu.. Sekali Guru Besar sebut Muhammad...... alamak ada Muhammad .. ramai ni budak lain ada Muhammad.  Sekali Guru Besar kata Muhammad Fathul Iman ... Ya Allah pada masa tu aku terus menangis. Lepas je Guru Besar umumkan 6A dan edarkan keputusan Slip pada yang lain aku terus g kat anak aku . Menangis bersama aku dan anak aku. Dia sendiri pun tak percaya yang dia boleh dapat 5A 1B. Iman cakap masa Guru Besar kata ada 2 orang aje dapat 5A.. dia risau macam bukan dia. lagi pun ada kawan dia yang lain yang top-top tak disebut utk 4A. Tapi masa Guru Besar kata Muhammad dia ada sedikit konpiden sebab kawan dia yg top2 x ada nama Muhammad. Cuma risau datang dari kelas yang lain.

Petang tu pula results untuk sekolah agama pula PSRA. Ni lagi satu .. sepanjang Iman belajar dari tahun 1 hingga tahun 6 tak pernah sekali Iman dapat Mumtaz. Walaupun ujian bulanan. Tak pernah sama sekali. Results PSRA sebenarnya dah keluar 1 hari lebih awal. Cuma keputusan tidak di umumkan dengan pelajar cuma tahu berapa ramai yang dapat Mumtaz untuk sekolah tersebut. Tetapi ada ura-ura kata Iman dapat mumtaz. Aku nak percaya atau tidak. Yelah Iman tak pernah dapat Mumtaz sebelum ini.. tak pernah sama sekali OK. Percubaan hanya dapat Jaid Jidan sahaja. Tapi Iman dah cakap kat aku.. Utk PSRA dia mesti akan dapat kan Mumtaz utk terakhir kali untuk Sekolah Agama. Masa nak ambil results dekat Ustazah. Ustazah siap berteka teki dengan Iman. "Awak rasa dapat apa Fathul?". Kat sekolah cikgu-cikgu, kawan-kawan semua panggil fathul. Ustazah serahkan slip . Alhamdullillah Fathul dapat Mumtaz. Sekali lagi kami anak beranak menangis . Menangis depan Ustazah pulak tu.. hehehehe. Syukur Alhamdullillah.

Dengan results yang cemerlang UPSR dan PSRA Iman senang dapat tawaran sekolah. Sekolah kawalan dapat, SBP dapat dan MRSM. Mesti ada yang tertanya macamana pulak anak aku dapat MRSM. Sedangkan dia dapat SBP dan terima SBP. SBP panggilan pertama. MRSM panggilan ke 3. Panjang cerita .. tapi memang ada yang akan dapat 2-2. Tapi selepas results MRSM keluar baru ada yang akan dapat SBP rayuan. Panjang cerita anak aku keluar SBP dan kini ada diMRSM Tun Ghazali Shafie Kuala Lipis. Nanti ada masa aku akan cerita pasal tu ye..

Pada anak-anak yang menduduki UPSR 2017 terutama pada anak sedara ku IQBAL . Semoga beroleh keputusan yang cemerlang dan tenang menjawab peperiksaan. Mama doakan IQBAL berjaya ye. GOOD LUCK ...


Adios ,

Kak Zah

Monday, July 17, 2017

Agak lama menyepi...

Assalammualaikum..

1st nak ucap kan Selamat Hari Raya pada sesiapa yang ada menjenguk blog yang terbiar ini.. hahahaha.. lama gila kot tak update. Ekceli dah lupa kot pada blog ni.. Tapi hari ini tetiba je teringin nak tulis balik. So lepas ni mungkin aku akan tinggal kan jejak aku kat blog2 org lain supaya ada yg akan baca blog yang terbiar ini.

Alhamdullillah dah masuk bulan 7 utk tahun 2017. Banyak nyaaa perubahan yang berlaku pada diri aku.. antaranya umur makin meningkat, anak sulung dah sekolah tingkatan 1, aku dah 8 tahun tak beranak .. hahaha. Bulan masih bulan syawal kan tiap kali g open house kawan-kawan mesti ada ayat tak nak tambah lagi ke?. "Dah 8 tahun kot anak ko yang kecik tu?. " Aku bukan tak nak tambah ke.. cuma laki aku yg tak nak anak lagi. Dia kata cukup ler 3 orang ini. Lagipun kami ni dah lama tak bangun malam buat susu anak .. hahahaha

Aku cukup bahagia kehidupan sekarang kot. Laki aku pulak sekarang dah berkerja sendiri. Buat bisness sendiri. Alhamdullilah sejak ada bisness sendiri ni .. kehidupan kami makin stabil. Duit gaji aku pun tak ada dah laki aku pinjam-pinjam. tapi ada lah sekali sekala bila dia terdesak nak pakai duit aku bila payment lambat masuk. Tapi bila payment masuk cepat aje dia bayar kat aku... hehehee. Aku pulak sekarang asyik pinjam kat laki aku. Aku nak apa-apa pun mudah aje.. cakap je lah nak apa. InsyaAllah dia bagi. Dia pun kadang sound aku " Amboi sekarang ni nak apa je abang bagi ". Aku pulak menjawab " Abang kerja utk sapa?.. utk kitaorg kan"

Ermmm Ok aku akan sambung tulis nanti ye.. mcm tergantung kan entry ni. Tak pe insyaAllah aku akan cuba update . Lagi pun aku x ada instagram, facebook.. so boleh aku tulis kat blog ni kan. Aku stop ni sebab nak ambik anak-anak kat sekolah.

Sambung lagi nanti ye..

Wasalam

-To be continue-

Sunday, December 14, 2014

Manisnya Cinta Di Cappadoccia

Entry kedua utk hari ni..

Memandang kan aku no class hari ni.. laki lak tido.. nak buat PSM semua data kat opis aku.. so apa kata aku cerita pasal Manisnya Cinta Di Cappadoccia...

Aku tgk cerita ni jumaat yg lepas.. aku tgk with Mizi.. aku dpt tiket free .. yeay! camner aku leh dpt ticket free?? aku redeem guna astro circle.. apa tu astro circle?? astro circle tu .. satu web di mana kita boleh redeem kita punya point astro.. korang kan ada astro... cer check bill korang.. kat situ ada tulis point.. then korang masuk ke http://www.astro.com.my/astrocircle/. kalau belum sign up.. sila lah sign up.. link kan akaun astro korang.. nanti dia update lah point dekat astro circle tu...boleh lah redeem macam2 yg di tawarkan.. macam ticket wayang.. ticket maharaja lawak..n boleh jugak redeem utk rebate bill korang..macam aku hari tu aku redeem ticket filem Manisnya Cinta di Cappadoccia.. 100 point je.. x semua filem ada tau..tapi yg aku sure.. filem by astroshaw mesti boleh redeem.. ticket Hobbit pun ada tau!!! ticket ni nanti collect dekat Midvalley aje..

So utk cerita ni.. aku bagi 4/5 bintang.. mana hilang lagi 1 bintang??.. lagi 1 bintang aku x kasi sebab .. aku sakit tengkuk tgk cerita ni.. yelah diorg bagi aku sit ..3 dari depan ok.. kalau ticket berbayar memang aku x kan tgk lah kalau duduk sit depan... nasib free.. so sakit tengkuk pun sakit tengkuk lah...

aku x nak full review cerita ni.. nanti SPOILER!!!yg aku boleh review.. cerita ni best.. pelakon yg best.. cantik gila fazura.. aku rasa dlm cerita ni tenggelam kecantikan lisa surihani.. Sam pun best gak.. cuteeee je Sam.. eloknya fazura ni couple ngan Sam betul2.. pelakon2 star pun ramai.. walaupun diorng ni belakon kejap je tapi pelakon2 star ni berlakon best.. sinematografi pun cantik gak.. diorg buat kat turki kan.. aku kagum dengan kecantikan turki.. kalau ada rezeki .. nak gak melancong ke sana... hehehhee

aku x baca tau novel ni... rasa x perlu kot baca novel.. sebab cerita dlm filem dah best.. so korang yg belum tgk lagi... apa lagi cepat2 beli ticket.. yg free redeem kat astro tu dah x da dah.. diorng buat sekali je kot utk satu2 filem..

ni lah ticket nya.. 100 point dpt 2 ticket.. oklah kan.. kalau beli sendiri RM 30 kot.. jimat duit aku.. hahahaha

Kad Siswa

Assalammualaikum,

Semalam aku collect kad siswa dari UTM... ingat kan x dpt.. tapi dpt lah pulak.. alhamdullillah... sejak kebelakangan ni aku sibuk dengan PSM 1 aku, assignment dan test.. test 2 utk sistem perhubungan dah settle pun smlm.. assignment lak 99% dah siap.. tunggu bahan dari milin je.. PSM lak ikut kan 90% utk slide dah siap..tapi mlm tadi aku dpt idea pulak..aku x nak buat design.. aku nak analysis je data.. software lak aku nak guna matlab, C++ atau pun kalau x reti sgt buat.. guna EXCEL aje.. hahahaha... utk report 0% ..belum buat apa2 pun lagi.. minggu ni aku nak struggle buat.. so lepas present 22hb ni .. aku nak terus htr report. lepas tu tumpukan perhatian pada exam.

Citer pasal kad siswa ni.. ni kejadian pagi tadi ar.. mak abah ada dtg umah aku mlm tadi.. singgah jap.. diorg nak g PD.. htr keperluan elektrik kat adik aku... untung lahh... peti ais, TV, meja TV abah beli kan... yg aku herannya.. kenapa x beli kat PD je??..beli pun guna kad kredit..errmmmm. ni dari kampar bawak ... sib baik lah adik aku no.2 ada strom.. so senang lah bawak..

bila aku ckp kat mak.."kenapa tak beli kat PD je???".. mak kata "abah x kenal orang kedai tu.. lagi pun abah beli guna kad kredit.. senang lah sikit".. aku pun ckp.. " bukan kad kredit utang dengan bank ke.. bukan kedai..hehehhe" . Mungkin kat kampar lagi murah kot..

berbalik cerita kad siswa.. masa aku minum kat roti canai bukit .. aku pun ckp lah kat mak..

aku: mak.. ja dah dpt kad siswa.. lepas ni boleh beli barang dpt potongan 5%..
abah: boleh guna sampai bila??
aku: sampai tahun 2010..(jawab dengan confident)
abah: 2010???
aku: ye.. 2010..
abah: tahun ni 2014.. 2010 dah lepas..
aku: aahh silap.. 2020.. hehehe
abah: hahahaha..

aku kalu bercakap memang confident gila.. walaupun salah.. aku tetap bagitau dengan LEVEL CONFIDENT yg tinggi.. lecturer english 3 aku pun ckp.. aku ni kalau ckp memang confident... entah apa2 yg aku ckp kat depan ..sebutan pun salah.. tapi confident.. Boss aku pun ckp benda yang sama.. aku punya level confident bila berckp tu tinggi.. walaupun salah..hahahaha

bab tarikh n tahun ni aku memang fail... masa mula2 aku masuk UTM dulu.. aku pernah dtg awal sebulan ... aje gila kan.. sebulan tu.. kalu awal 15 minit ke .. sejam ke.. rasa tak lawak kan... ni sebulan ok!!.. siap cari kelas.. tanya pakguard...mlm sebelum tu.. siap g ukur jalan ke UTM semarak .. rupanya kelas aku start bulan 9.. padahal masa tu baru bulan 8.. balik umah.. laki aku heran.. asal aku balik awal.. rupanya kelas x start lagi.. dia gelak kat aku lerr ... sampai skrg dia bahan aku. Dia kata aku senggal.. belum lagi dia jumpa orang yg senggal macam aku... hahahha...Anniversery pun aku pernah x ingat... Mizi ajak aku g mkn sedap2... aku pun ikut je lah kan... lepas tu baru aku tanya kenapa belanja aku mkn sedap2.. baru dia bagi tau.. utk anniversery.. baru lah aku ingat tarikh tu hari anniversery...



nota: kalau org tanya umur aku berapa..? aku jawab 28 .. hehehhee

Thursday, November 20, 2014

Cahaya Permata

Assalamualaikum...


Hari ni aku x nak cerita pasal aku punya study.. hari ni aku nak cerita pasal cahaya permata a.k.a Kasih Nurbaiduri. Kasih Nurbaiduri tu maksudnya Nur tu cahaya.. baiduri tu permata. Nama tu aku yang pilih untuk anak no.2. Anak no2 ni dia agak lain dari abg dan adik dia. Selalu kat FB aku update pasal adik dia. Pasal kasih ni jarang2 aku update. Mesti org kata aku x adil kan...ini tidak adil..tidak adil (nyanyi mcm lagu yuna..)


Perwatakan anak no.2 aku ni tak sama dengan perwatakan yang org tulis-tulis ni n sebarkan kat internet. Dia ni agak pendiam.. alahai kalu suara tu susah nak kuar. Orang kata anak no.2 ni degil.. alhamdullillah kasih ni seorang yang mudah di jaga. Masa dia kecik dulu, pengasuh2 kasih ni ckp.. kasih senang jaga. X lasak.. dgr ckp. 1st pengasuh kasih adalah Ibu Lin. Masa tu aku duduk puchong lepas tu aku pindah ke bangi.. Kak Ayu pula jaga. Kak Ayu suka puji kasih... Senang betul jaga budak ni. Kak Ayu pregnant.. kuat alahan,,kebetulan kasih dapat Taska Ilsas.Aku htr kasih ke Taska Ilsas pula...  Pengasuh kat Taska Ilsas pun puji kasih. Kasih x macam budak lain.... dalam erti kata lain .. senang dijaga lah..


Masa kasih umur 5 tahun.. aku dah htr kasih kat Tadika HO kat serdang. Kasih memang rajin menulis. Masa exam pertengahan tahun tahun 5.. kasih dapat No. 3 dalam kelas. Aku lah punya menangis masa tgk reportcard dia. Aku sangka kan kasih ni x berapa sgt mcm abg dia Iman. Sebab sebelum exam tu aku dah menguji dia. Dengan menulis abjad dan Nombor terbalik lah. Kasih ni menulis bertangan Kidal (kiri). Masa aku uji dia.. aku memukul tapak tangan dia sebab salah tulis. Punya lah dia menangis... sampai merayu ..." Mama... mama...mama".  Ya Allah sedihnya ingat balik.. walaupun sudah 2 tahun telah berlalu.. tetapi suara dia menyebut mama tu.. masih terngiyang kat telinga aku... Bila tgk result pada waktu tu.. aku menangis2..rasa bersalah sgt buat dia mcm tu.  Untuk peperiksaan akhir tahun ..kasih dapat No. 1 pula. Bayangkan lah bercampur dengan pelajar cina. Kasih berjaya dapat no.1. Aku bangga dengan Kasih Nurbaiduri.


Untuk kasih tahun 6, keputusan kasih tidak lah sebaik umur 5 tahun.. salah aku juga selalu sgt dia ponteng sekolah. Walaupun x dpt no. 1-3. Tapi kasih tetap berikan keputusan yg terbaik semasa umur 6 tahun. Cikgu kat sekolah tu siap tegur.. kenapa kasih selalu ponteng?.


Sekarang kasih dah pun tahun 1. Alhamdullillah macam biasa kasih dpt berikan keputusan yang amat memuaskan hati aku. Sekolah pagi kasih di tempatkan di kelas IXORA. Kelas no. 1. Sekolah tu ada 3 buah kelas. Masa pertengahan tahun kasih dpt no. 3, utk akhir tahun kasih dpt no. 6. Walaupun ada penurunan dari segi nombor. Aku tidak ada masalah dengan itu.. sebabnya peratus keputusan kasih lebih kurang sama dengan pertengahan tahun. Ada juga subject yang dia dpt 100%, 98%, 96% paling rendah pun 84%.. tu pun subject sains. Ikutkan kasih dapat 88%. Sebab bila aku check kertas dia ada 2 jawapan kasih jawab betul. Cikgu salah tanda. Malas aku nak jumpa cikgu nak betulkan markah . Lagi pun semua markah dah masuk system... Sian lak kat cikgu nak kira balik kedudukan dalam darjah. Masa aku jumpa cikgu tgk reportcard kasih... aku tgk gak peratus budak di atas kasih.. tak jauh pun beza. Lari markah yg sikit je..cthnya kasih 93.2% .. budak yg lain.. 93.3% ..93.4%.. budak yg no. 1 pun dpt 94....% something  ..  so kalu aku mintak cikgu check balik.. mesti ada yg berubah.. aku siap kira utk kasih .. kalu dia pi berbetulkan markah sains .. kasih dpt 94% .. ini bermakna kasih blh dpt no. 1 Abis tu budak yang dah tahu dia dpt no.1 .. mesti  kecewa nanti...  cikgu kelas kasih ckp .. budak sekarang pandai2.. peratus diorg tak jauh pun... Aku ckp kat kasih..." tak pelah kakak x ada rezeki utk kasih... mungkin sekolah petang kasih dpt no.1 ke pulak". Utk hari Anugerah Cemerlang hari tu Kasih dapat Mata pelajaran Terbaik. Bagi aku syukur alhamdullillah...


Cerita pula trilogy kasih utk sekolah petang iaitu sekolah  rendah agama pula... waaa siap tulis trilogy kau! Ok.. semua dah maklumkan kasih ni tadika dari sekolah Cina.. so faham2 jelah .. kasih tidak tahu sepatah pun bahasa arab. Mengaji kat umah ustaz pun x habis2 dengan iqra 1. Tu pun kat setahun x abis2. Jadi aku x expect apa2 utk kasih. Yelah.. kat sini kebanyakan ibu bapa htr anak ke sekolah Abim, Pasti semasa tadika...sedikit sebanyak diorg  ada basic agama, belajar bahasa arab dan Jawi. Kasih "zero"  kot... Masa mula2 sblum pemilihan kelas.. kasih di tempat kan di kelas tabligh.. kelas no.3 dari 5 kelas. Then lepas periksaan penentuan kelas.... Kasih dpt kelas Amanah.. kelas no.2 pula.  Sekolah tu ada buat penilaian .. iaitu ujian 1 sebelum exam pertengahan tahun.. Keputusan kasih.. biasa2 je.. tak silap dia dpt jidjalid jidan (Sangat Baik). Exam pertengahan tahun kasih dpt no.1 pula... Alhamdulilah..dia dpt Mumtaz. Ustazah kat  tukarkan kasih ke kelas No, 1 iaitu Siddiq. Waaaa .. memang aku dah cukup berbangga dengan Kasih .. budak yang tidak tahu apa2.. boleh juga melangkah ke kelas siddiq. Abg dia.. si Iman.. bertahun2 belajar kat sekolah tu pun baru tahun depan boleh naik ke kelas Siddiq .. sblum ni dari darjah 1-4 dia kelas Amanah. Mula2 pemilihan kelas tu.. ustazah sendiri ckp.... untuk kelas siddiq diorg memilih pelajar yang ada basic bahasa arab dan juga boleh membaca jawi. Jadi bila kasih dapat naik ke kelas siddiq semasa pertengahan tahun hari tu.. aku memang tahu budak ni bukan sebarangan budak. Exam akhir tahun haritu pula.. sekali lagi kasih buat aku berbangga dan senyum.... Kasih dapat No 2... dengan peratus 97% (Mumtaz). Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. kau berikan aku zuriat seperti ini.... Bila hari anugerah semalam, di sebut nama kasih ... " Utk kelas 1 siddiq tempat pertama.... bla..bla.. tempat kedua Kasih Nurbaiduri Bt Muhammad Harmizi... aku berkata dlm hati itu anak aku.. aku yg bagi dia nama.... over kannn....hehehee


Aku bersyukur sgt2 sebab ada anak macam Iman, Kasih , Ain. Walaupun aku nmpk mcm riak bercerita pasal anak aku.. update gmbr kat FB pasal anak aku untuk hari anugerah.. aku bukanlah niat nak menunjuk2 .. tapi sebenarnya aku amat berbangga dengan diorg. Aku siap ckp kat anak2 aku.. permintaan mama tahun ini adalah nak tgk anak2 ambil hadiah kat sekolah. Aku kat sekolah x pernah pun sekali dpt peluang naik pentas ambil hadiah kerana cemerlang dlm pelajaran. Aku kat sekolah x pandai. Setakat cukup2 makan je.... walaupun aku bakal ada degree x lama lagi.. ingat senang aku nak smpai ke tahap ni.... dengan SPM pangkat 2.. BM lak tak kredit... aku bermula dari Sijil ...merangkak-rangkak.. umur kat 35 tahun baru nak ada degree... Sian kat mak dan abah aku x dpt tgk anaknya naik pentas ambil hadiah. Jadi bila anak2 aku mereliasikan pemintaan aku tahun ini.. aku pun update je kat FB. Aku tau kat FB .. ada yg tak suka kita update utk pencapaian anak-anak.. konon macam riak..siap buat status ko.. bagi aku sebagai ibu bapa kita rasa puas dengan apa yg anak hadiahkan.. nak share kat org.. bertapa hati ku gumbira... Ye aku tahu perjalanan bebudak ni masih jauh lagi...x salahkan pun kan kita share perasaan GUMBIRA . Tak suka tahun depan dekat2 musim hari anugerah sekolah sila UNfriend ok... huhuhu ( saja highlight kasi bold)


Fathul Iman.. dpat no 3 tahun ni.. tahun depan kelas siddiq 


Kasih Nurbaiduri Sekolah Kebangsaan Dato Abu bakar Baginda.. dpt Mata pelajaran Terbaik


Bangga mama dengan Kasih...


Both of you.. thank you very much this year.. you make my dream come true... tq sayangggg


kasih ckp masa dia nak ambik hadiah.. hati dia berdebar.. 1st time ambil hadiah kat sekolah rendah.. yelah kasih.. kasih pun baru darjah satu... hehehehe...


Bangga mama dengan Iman... akhirnya cita-cita mu nak masuk kelas siddiq pun tercapai..




Tahniah anak-anak mama and Thank you .. hadiah yang paling bermakna utk tahun ni... tahun depan buat lagi yang terbaik... mama doakan anak-anak mama terus cemerlang lagi sehingga ke Menara gading... Amin...


Monday, November 17, 2014

Sambung belajar #part1

Assalammualaikum,


1st post dari aku ini.. aku nak cerita macamana hati aku terdetik nak sambung belajar... Ceritanya bermula begini...


Aku memang dah lama ingin sambung belajar.. kenapa aku nak sambung?? aku nak sambung belajar sebab aku nak naik pangkat dan kalau ada mana2 company leh offer aku keje lain... tipu lah kalu ada yg ckp nak sambung belajar sebab nak tambah ILMU atau saja2.  mungkin ada.. tapi kebanyakannya nawaitu nak sambung tu sebab nak naik pangkat n naik taraf idup bagi yang telah berkerja seperti aku... lagi satu kenapa aku nak sambung sebab aku nak pakai Jubah n ambil gambar dengan mak dan abah aku kat studio... hehehehe.. mcm tak logic kan ... tapi tu juga salah satu nawaitu aku selain naik pangkat. Masa aku sijil dulu.. aku x kesempatan nak ambil gambar kat studio dengan mak n abah..  aku x ambil masa tu.. sebab aku takut mahal .. hahahaha... sapa yang nak bayar kan.. x terpikir masa tu abah boleh bayar.... bila dah nak balik... baru abah ckp nak ambik gmbr kat studio... aku lak masa tu dah pulang kan jubbah.. so x ada lah gmbr aku kat studio. Aku tau abah masa tu teringin nak bergambar kat studio.. tapi aku lah yg silap.. g htr jubbah awal2. Bila aku diploma pulak aku x ada sikit pun perasaan nak berkonvo.. masa tu tahun 2004.. aku dah ada family sendiri... memang x terlintas lah nak konvo masa tu...so masa aku abis diploma memang aku x konvo pun..ambil je diploma kat kaunter pendaftar.. huhuhu


masa aku diploma dulu aku dah pun ambil keputusan utk ambil full time .. x kan lah utk degree ni aku nak full time gak.. kalu aku full time sure aku kena berhenti kerja.. kalau aku berhenti keje camner nak dapat gaji... jadi dlm sekitar tahun 2008/2009 aku dah start apply mana2 University. 1st aku memilih bidang computer.. kenapa computer??.. sebab aku berkerja dalam bidang tersebut . Padahal aku mempunyai diploma dalam bidang Elektronik Perhubungan. So aku pun apply lah... masa aku apply tu aku just ckp je kat Mizi. Mizi ni suami aku. Mizi ni jenis yang tidak akan membangkang apa yang aku nak buat. Kalau dia bangkang pun.. aku tetap gak buat... kalau dia berkeras jugak.. aku akan menangis2.. merajuk2... semua dalil aku kuarkan... hehehe.. sampai lah dia kasi. So far sepanjang aku hidup dengan dia.. x byk perkara yang dia bangkang.. sbb dia tahu bini dia camner... jadi untuk urusan apply nak belajar ni aku x da masalah dengan Mizi...lagi pun aku apply je .. belum tentu aku dpt kan...


1st  university aku apply adalah UKM Bangi.. aku pilih bidang computer apa tah.. aku pilih UKM sebab paling dekat dengan aku nak ke kelas... aku apply.. x dpt.. sebabnya masalah diploma aku .. pihak pendaftar tu ckp kalau aku ambik computer .. aku x leh transfer kredit... aku bagitau aku ada pengalaman lebih 5 thn dlm bidang computer... diorang kata aku tidak memenuhi syarat diorang..


2nd university pula aku apply UITM shah alam... aku htr application masa tu dah lambat.. dah tarikh tutup pun. Aku apply masa tu ngan Julia dan Noi.. Noi bidang secretary rasanya.. aku ngan Julia bidang electric masa tu. Kami siap buat rayuan bagai.. tapi akhirnya tak dpt pun.. elok gak x dpt.. sebab nya jauh tu nak travel ke shah alam lepas waktu keje...


untuk 3rd university. UTM ... aku apply tahun 2010.. masa ni aku lepas beranak kan Seri Nurul Ain.... Ain masa tu lebih kurang 6 bulan umurnya. Ain ni anak ke 3 aku.. Julia dah masuk dulu .. dia intake December 2009. Aku intake Jun 2010. Masa tu aku nak ikut Julia. Mizi tak kasi.. lagi pun aku baru ngam2 abis pantang... x pelah kali ni aku dgr ckp Mizi..Mizi kata kalau nak belajar .. tahun depan...


Bila aku tahu UTM buka utk pengambilan untuk intake Jun.. aku x tunggu lagi.. aku terus apply.. aku memilih electric.. aku x nak lagi kena reject mcm UKM .. so kali ni aku memilih mengikut bidang yang aku ambil masa diploma...Alhamdulillah akhirnya aku dpt jugak sambung kat UTM... masa aku apply ni .. aku apply dengan officemate aku .. apis namanya.. tapi pada masa itu apis x dpt.. aku buat kan rayuan kat apis.. alhamdulilah Apis pun dpt jugak akhirnya....


p/s: Ok aku stop cerita ni dulu... nanti aku nak cerita .. cerita lawak sblum aku pi belajar kat UTM ...Mizi ckp aku ni sengal dan blur tahap maksima punya orang...hehehehehe

Mukadimah dari Aku...

Bismillahhirrahmannirahim,


Tetiba aku ingin menulis semula setelah sekian lama aku tidak menulis di dalam blog. Sebelum ini pun aku ada jugak menulis di alam maya ini...Kenapa aku tidak sambung aje blog2 yang aku sudah ada? ermmm jawapannya entah... mungkin kali ini aku ingin menulis tentang perjalanan aku sebagai part time student... ye lagi beberapa bulan aje aku akan tamat belajar. So sebelum berakhirnya aku sebagai part time student aku akan tulis suka duka aku sebagai part time student. Mungkin ada yang nak tahu macamana aku menempuh hampir 5 tahun sebagai seorang part time student. Aku kan seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata... dan isteri kepada seorang lelaki. Mesti ada yang orang di luar tu .. eh macamana dia buat?? eh macamana dia abis dlm tempoh 5 thn ???. Mungkin ada yang nak sambung belajar mcm aku tetapi tidak mempunyai kekuatan. Dengan adanya blog ini mungkin aku dpt berkongsi pengalaman akukan...